Sunday, September 27, 2009





Kebanyakan murid yang baru mendaftarkan diri ke ESG masih ragu-ragu akan situasi dalam kelas. Apakah yang biasa dirisaukan oleh murid-murid baru ialah cikgu yang akan mengajar mereka dan kaedah pengajaran guru tersebut. Melalui video ini, dapatlah anda membuat kesimpulan bahawa ESG bukanlah sebuah kelas yang dibuka semata-mata bertujuan meningkatkan kemajuan murid dari segi akademik, malah berperanan meningkatkan kemahiran berinteraksi antara satu dengan yang lain. Maklumlah sebuah kelas yang berprestij dan berkreativiti serta berinovatif amat penting dalam menglahirkan generasi yang berkaliber. Oleh itu, ESG adalah pilihan utama penduduk yang berada disekitarnya.


Tuesday, September 22, 2009

Adakah Anda Sudah Bersedia Untuk Ke Medan Peperangan?

Memang tidak dapat dinafikan bahawa setiap pelajar ang akan menduduki peperiksaan PMR mahupun SPM akan berasa gementar dan risau akan kemampuan diri dalam menjawab soalan peperiksaan. Baiklah, disini saya ingin memberi sepatah dua kata nasihat kepada pelajar ESG tentang cara-cara mengatasi ganguan psikologi tersebut. Maklumlah, sebagai langkah awal dalam menyediakan diri untuk menghadapi peperiksaan, pelajar disarakan agar mendapat tidur yang secukupnya. Namun, ramai pelajar memberi reaksi yang sama, iaitu masa yang tinggal begitu kurang dan sehingga mereka berasa kesuntukan masa untuk membuat ulangkaji. Inilah masalah yang sering kali menghantui para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan. Oleh itu, jadual waktu yang lengkap dan bersistematik perlu ada. Pastikan anda terikat pada jadual waktu yang telah ditetapkan dan jangan sesekali melengahkan masa yang ada. Dengan semangat yang kukuh dan pendirian yag tetap, Isyah-Allah anda pasti dapat rehat dan masa ulangkaji yang mencukupi.
Kegagalan seseorang pelajar dalam mengikuti jadual masa yang telah ditetapkan boleh mengakibatkan kemerosotan yang ketara apabila keputusan diumumkan kelak. Baktan rehat yang tidak mencukupi boleh mempengaruhi emosi seseorang pelajar, justeru menyebabkan kelesuan atau hilang tumpuan yang sepatutnya ketika menjawab soalan peperiksaan.
Ketiduran yang mencukupi bukanlah isu utama yang ingin diketengahkan saya, sebenarnya, pelajar juga perlu menitikberatkan pemakanan mereka. Pengambilan makanan seimbang membolehkan tubuh badan kita berfungsi dengan sempurna, terutamanya minda. Minda merupakan organ terbesar kita yang memerlukan nutrien tertentu untuk berfungsi dengan baik. Oleh itu, adalah dinasihatkan agar banyak memakan makanan yang bervitamin khususnya makanan yang bervitamin B dan A.
Sementera itu, pelajar juga perlu bijak membahagikan masa untuk melakukan ulangkaji. Ingatlah berikan tumpuan yang lebih kepada subkjek yang lemah atau dimana anda kurang yakin terhadapnya. Akhir sekali, jangan berasa panik apabila untuk disuruh masuk ke medan peperiksaan. Anggapkan segala-galanya seperti biasa dan cuba segala swadaya untuk menjawab soalan yang luas terbentang dihadapan anda. Itu sahaja yang saya ingin memberitahu kepada para pelajar ESG dan semoga anda berjaya serta memperolehi keputusan cermelang.